status

Tuesday, November 10, 2009

masih hidup dan sangat sibuk dan sangat bahagia.

please. Don't leave me - Pink, Don't leave me.

don't let me go - The Fray, Never Say Never

Baby no worry. u were my only - Down, Jay Sean.

haha. sangat suka :)

aku dah cakap aku benci

Saturday, November 7, 2009

tak suka bila orang asyik cakap benda yang aku tak suka dengar.

tak suka bila orang luahkan sesuatu yang aku rasa aku tak nak tahu.

p/s : jangan bagi madah berhelah. aku tahu kau akan komen. tapi. tolong jangan.

cuti untuk belajar yang dihabiskan dengan

Tuesday, October 27, 2009

1. Tido. (kalaulah boleh tido tu sambil study kan bagus)

2. Merayau-merayau. (i found one of the best place. cekap gila!)

3. Sesat-sesat. (aku rasa la, sepuluh kali aku masuk KL, sepuluh kali lah aku sesat)

4. tunggu kat HUKM padahal orang yang nak diambil berada di UKM berdekatan HKL (tersedar selepas satu jam menunggu)

5. Gelak macam orang gila (seriously dah lama gila aku tak gelak macam tu)

6. keluar dengan orang gila (gemok, orang kaya baru, gigi tak berpagar, muncung serta kembang)

7. gelak lagi dan bahan si gigi tak berpagar sebab dia salah nyanyi ("one, twenty one months" instead of singing "one, twenty one guns" and "i will be waiting" instead of "i got a feeling")

8. drive tepi kubur after 12 am (fear is not a factor)

and, thank you. i have a very very great day!



p/s : tunggu nak keluar tiga empat kereta lepas ni.

entry tak serupa entry.

Sunday, October 25, 2009

satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh

one two tree four five six seven eight nine ten

ok. semester tiga nak tamat.

sa puluh ratus ribu puluh ribu ratus ribu juta

tarik nafas lepas tarik nafas

sorry. aku merepek.

p/s : never care and it is true.

DMC 3C

Friday, October 23, 2009

Your Class is O.T.T
(miss Rossalynn, 2009)

Farhany Tarmidi

Sunday, October 18, 2009

haha. terkejut kau tengok title aku? terang-terangan kau punya nama. aku belum pernah buat personal appreciation kat blog aku dan kau adalah orang pertama. kerana apa? haha. kau tahu. aku bukan lah -best friend forever and ever and only you and me in this world and i am huny's everything- kau. tapi, ye. kau masih kawan aku.

kau, aku tak ingat bila hari lahir kau dan aku sangat teruk dalam mengingati hari lahir orang. hah. kau ingat macam mana aku kenal kau? haha. melalui kawan kita yang dah jauh. sangat jauh. ko nak tahu? aku add dia kat facebook dan myspace dia tak approve. tara guna. tapi takpe. (nampak sangat aku ni tak malu kan) biarlah dia.

kau dulu kan, aku terkejut dengan kau. suara kau. haha. unik. HEY EKIN. dengan suara kau yang besar itu. mata kau pun. BESAR. (yang lain itu tiada komen) haha. aku tak ingat macam mana boleh rapat sangat dengan kau tapi kau ingat tak masa tu aku form 5, kau form 3, kita lepak kat kantin sekolah masa balik. kita cerita-cerita semua benda. tapi lagi sekali, kita banyak cerita pasal kawan kita yang dah jauh sangat tu. tapi kau best. aku selalu buli kau kan. dan without fail kau akan buli aku dengan menyindir menggunakan nada sarcastic kau yang memang aku akan kalah. tapi apa pun aku tetap kawan dengan kau.

aku selalu pergi rumah kau kan. kalau ada latihan bola baling ke, rumah sukan ke atau apa je lah yang membuatkan aku stayback mesti aku sibuk-sibuk pergi rumah kau. nanti kita akan jalan sama-sama. singgah beli air tebu dengan keropok lekor. haha. bila sampai rumah kau tengok-tengok kakak kau tido kat sofa. hahaha. lepas tu tengok hamster kau. main-main dengan dia. maklumlah kat rumah aku takde binatang-binatang peliharaan. aku ingat itu. aku aktif PBSM, kau pun sama. lepas tu kau tahu kau ada bakat terpendam? hah. aku tahu. kau pandai menari. dan kau menari sangat cha-cha. haha.

tapi kan, antara yang paling aku ingat ialah kau bagi sponsor RM200 kat kem belia ke-29 tak silap aku. memang paling aku ingat. terima kasih. aku ni manusia biasa. kadang-kadang ada juga terlupa. bukan senang nak ingat semua orang. selama hampir sembilan belas tahun aku hidup ni, tak lah semua orang aku akan layan setiap masa, ingat setiap masa. dan kau pun kadang-kadang aku lupa. tapi bila aku ada problem, yup. there you are. meminjamkan bahu kau untuk aku.

aku cerita semua benda kat kau yang takde sapa dalam dunia ni tahu. kau tahu. sebab aku percaya kau.

p/s : terima kasih. (aku nak tulis panjang lebar lagi tapi nanti kau menangis tersedu-sedan kang aku yang susah. hah. kau senyum tu. aku nampak : ) message aku bila kau baca : )

-puff-

haha.
i know u will read this or if not others will read this.
pertama, minta maaf. kalau-kalau i ada buat salah dengan u. mana la i tau apa salah i kat u. tahu-tahu je u terus -puff-
kedua, i tahu semua cerita. terang-terangan kot. tapi i buat tak tahu. i ada hak untuk tak layan u. tapi i tetap layan u. sebab apa? -puff-
ketiga, lepas je haritu i serik. wow. itu betul-betul cultural shock. haha. and yes. i rasa -puff-
keempat, i pulak yang -puff- tiba-tiba. sebab cannot be la weyh. setiap kali i teringat i mesti tergelak sendiri.
kelima, -puff-puff-puff-puff-

p/s : 06 bila nak lepak?